Saturday, April 23, 2011

SIBOK

Dari awal bulan 3 aku tak banyak dapat rehat, tido pun tak cukup..Banyak kerja' job tak berhenti mula dengan hantaran, lepas tu kek Sultan Kedah, n sekarang Cik T masuk pasaran Perlis advance oo .. 3.5.2010 aku akan ke sana setting fresh flowers, Cik t takda ke kl melawat cucu dia.Harap2 takda msalah menimpa aku n Kak Syida masa kat sana nanti.Gambar yang aku ambik smua dalam hp laki aku yang dah jahanam tu.. tention gak penat2 buat tapi takda gambar.Muka aku pun dah sembab sekarang ni pasal tak cukup tidoq.. takda kena mengena pun dengan kerja tp memang takleh tido awal, kak Ina slalu bebel setiap kali aku tengok tv or cd tengah2 pagi, dulu masa kat kl aku jumpa doc. ambik ubat tp sekarang dah dok Kedah' leceh lah nak refer..

Friday, March 25, 2011

Masa yang berlalu

Lamanya tak update blog ni.. sibuk dengan hal-hal Cik T, yang lain tu aku dok melengung jer.
Hati tengah risau dan gelisah, rasa sedih macam putus cinta.. mungkin terlalu emosional dengan cerita korea, huh! bilalah fasa pms aku ni nak berlalu.Malam tadi aku lumur timun dekat muka aku.. berkesan tau gebu jer kulit aku ni lepas basuh dengan air suam.Sebenarnya banyak gak aktiviti aku selama aku tak update blog ni tp sekarang hati tengah kusut nak cerita pun takder mood.Nak rakam gambar plak tak bleh sebab hp aku hilang, kemera aku yang mahal tu plak hubby aku bagi ilang..Cerita pasal hubby aku teringat plak dia nak buat sprint test bulan 4 ni, haraplah semuanya berjalan lancar.

Thursday, March 3, 2011

Cupcake chocolate yang sangat sedappp

Tengoklah cupcake yang baru aku buat ni, nyum..nyum..!Sebenarnya masa ni tengah malas dan penat sebab 1hari kat rumah Cik T, corak pun entah aper aper jer. Yang topping dia tu aku guna mocha cheese cream,inti dalamnya pula chocolate strawberry cheese filling..Huh dengar pun dah menarik.Sebenarnya untuk satu kotak ni aku jual rm25 tp oleh kerana aku baik hati aku rasa aku nak kongsi resepi ni,

Chocolate untuk Hubby


Choclate khas buat suami aku,tak sambut aper2 pun cuma saja nak bagi sebab dia suka makan chocolate macam aku.Ni homemade chocolate tau, bukan saje cantik malah sedappp.. klu nak kenalah order..

Monday, February 28, 2011

Mango Cheesecake









Sponge cake
150g tepung sponge mix,30ml susu segar,3biji(A) telur,1/2tsp vanilla essence,35ml minyak jagung.
Filling
2 1/2tbsps gelatin (larutkan dalam 100ml jus oren dengan cara double-boiled)
80g gula kastor,250g cream cheese(suhu bilik),350ml whipping cream,350g puri mangga,
1biji buah mangga (dipotong kiub)
Bahan-bahan untuk Puding
120g mango pudding mix(walls punya sedap),
500ml air
Cara-cara
Sponge cake:Putar sekali sponge mix,telur dan susu segar dengan kelajuan yang tinggi selama 6min.Masukkan essence vanilla dan minyak jagung.Tuangkan kedalam 9" lined round tin dan bakar lebih kurang 25min ke 30min.
Filling:Pukul cheese dan gula sehingga ringan dan kembang.Tambahkan puri mangga dan whipping cream sebatikan.Masukkan gelatin.Akhir sekali masukkan mangga yang dah dipotong kiub tadi dan gaul rata.
Sudahan Akhir:Letakkan sponge cake kedalam 9"loose-base cake tin.Tuang cheese filling, quick-set dalam freezer lebih kurang 10min.Masak mango mix puding dan air hingga mendidih(kacau selalu watu masak lebih kuran 5-10min).Tunggu hingga suam baru tuang dalam cheese cake yang kita set dalam freezer tadi.Masukkan semula dalam peti sejuk biarkan semalaman sebelum dipotong.

Ini adalah salah satu kek yang paling aku suka sebab sangat-sangat sedap.Aku buat kek ini masa hari pertunangan kak ina(kak ipar).Ada banyak lagi kek yang aku buat tp aku tulis yang ni dulu sebab aku tengah sakit gigi ni.

Thursday, February 24, 2011

Birthday Kasih


Bear pink yang peluk nombor satu ni adalah kek birthday Kasih anak Kak Intan (adik mak mertua aku punya anak).Cute macam Kasih.




.






Haa.. yang ni plak card invitation untuk birthday Kasih. Kak ipar(Kak Ina) aku sponsored. Banner kat belakang tu pun dia sponsored gak sbb keja dia mmg wat iklan pun.Kedai dia berpusat di Hutan Kampung, Alor Setar









Meriah betul waktu ni.. Melayan kerenah budak-budak yang datang, Kak Ina siap buat game.. Sebenarnya gambar ni dah 2tahun yang lepas, bermula dari sini lah aku terasa idup aku yang kosong dipenuhi dgn benda benda comel ni untuk buat terima kasih cik t untuk semua ilmu yang diturunkan. Buat kek buat craft tp buat kek ni modal tinggi penat jugak sebab tu aku nak belajar menjahit pulak lepas ni..

Menara cupcake wedding Shila

Maksu, Maklang and sepupu Sabrina
Cupcake ni aku buat special untuk Shila adik ipar aku masa wedding dia.Lain dari yang lain sbb slalunyer aku wat cake jer. Stand acrylic ni aku minta hubby aku sponsored dia yang wat sendiri aku nak beli mahal oo..  Ramai gak yang nak ambik gambar dengan menara cup cake aku ni. Nampak grand gitu!